Ahad, 8 Mei 2011
BRUNO MARS - LAZY SONG (by Ain, Edlin, Syukri, Fifi, Azza)
Rabu, 4 Mei 2011
HASIL PRODUK - POSTER SPOOF FILEM BAKAL PECAH PUNGGUNG
LAPORAN PENGLIBATAN DEMONSTRASI SOLEKAN KESAN KHAS APRIL 2011
- Lateks
- Aqua color
Rajah 1 : Gam Lateks Rajah 2 : Aqua Colour
Rajah 7 Rajah 8
SOLEKAN CEDERA KEMALANGAN
- MENYEDIAKAN BAHAN.
- MENCUCI MUKA.
- TUTUP MATA LEKATKAN PAKAI MASKING TAPE.
- TANDAKAN BAHAGIAN YANG INGIN DITIMBULKAN DAN DIKOYAKKAN.
- LEKATKAN LATEKS PADA PERMUKAAN KULIT DAN KERINGKAN DENGAN HAIR DRYER.
- TUNGGU PERMUKAAN LATEKS KERING DAN BUATKAN SEDIKIT JALINAN, KEDUT-KEDUT, KESAN KOYAK DAN GELEMBUNG YANG DIRASAKAN BERKESAN.
- WARNAKAN KESELURUHAN MUKA DENGAN SET WARNA MUKA MENGIKUT GAMBARAN AWAL.
- TAMBAHKAN KESAN-KESAN WARNA YANG SESUAI.
- MASUKKAN SEDIKIT DARAH YANG DIBUAT DARIPADA MASU DAN SIRAP.
SOLEKAN KESAN KHAS - PENGHASILAN DARAH
- Menyediakan alatan dan bahan.
- Menuangkan sirap ke dalam bekas plastik sebanyak 200ml.
- Menuangkan madu ke dalam bekas plastik yang sama sebanyak 600ml.
- Mengacau campuran cecair tersebut sehingga sebati.
- Menuangkan sedikit cecair pewarna biru ke dalam bekas yang sama untuk mendapatkan warna yang lebih gelap dan pekat.
- Memeriksa kepekatan dan juga warna cecair tersebut dengan menitiskan pada permukaan tisu putih yang bersih.
- Menyediakan alatan dan juga bahan.
- Menuangkan cecair pewarna yang bewarna merah ke dalam bekas plastik sebanyak 300ml.
- Menuangkan golden sirap dalam bekas yang sama sebanyak 800ml.
- Mengacau campuran cecair tersebut sehingga sebati.
- Memeriksa warna dan kepekatan cecair tersebut dengan menitiskan pada permukaan tisu putih yang bersih.
- Mencampurkan pewarna berwarna biru ke dalam larutan tadi untuk mendapatkan warna yang sedikit gelap.
- Campuran tadi di kacau sehingga sebati.
- Sedikit nescafe di masukkan ke dalam campuran tersebut bagi mendapatkan warna dan kepekatan yang lebih gelap dan kemerahan.
- Cecair tersebut diperiksa kepekatan dan warnanya di atas permukaan tisu putih yang bersih.
Ahad, 27 Februari 2011
PERBEZAAN GAMBAR
COSTUME DESIGN
Ahad, 23 Januari 2011
GABUNGAN PENTAS & COSTUME
Kolaborasi artistik yang mempamerkan estetika dan juga kekaguman dalam sinografi persembahan teater agung di Eropah. Uniti dan juga keseragaman konsep dan juga genre dalam visual artistik sesebuah teater mampu menjadikan sesebuah teater itu berjaya divisualkan dengan lebih berkesan dan sempurna. Berikut adalah antara beberapa visual teater yang telah dipersembahkan di pentas- pentas teater Barat. Ianya nyata sekali mempamerkan kandungan unsur-unsur theatrical yang sempurna dan wujud keseragaman antara satu sama lain.
Sabtu, 22 Januari 2011
PENGENALAN COSTUME
Rekaan baju adalah dibuat khas untuk semua pelakon atau sesiapa sahaja mengikut tema dan kesesuaian persekitaran. Baju amat penting untuk semua pelakon kerana ia memainkan peranan utama semasa berada di atas pentas.Oleh itu, pemilihan pakaian yang tepat perlu diutamakan supaya penonton dapat melihat betapa indahnya pakaian tersebut malah ia akan menjadi salah satu kekaguman di atas pentas tersebut. Malah pakaian juga akan memberi kesan terhadap pelakon itu sendiri kerana pakaian juga menentukan mood pelakon tersebut selain daripada make up. Jadi menurut Barbara dan Cletus Anderson dalam text Costume Design, "anything worn on stage is a costume, whether it be layers of clothing or nothing at all". Jadi tidak kiralah sama ada pelakon itu memakai apa jua jenis pakaian atau apa sahaja yang berada di badannya bermakna itu adalah salah satu daripada 'elements costume'.
Jadi perkara utama adalah pakaian seseorang pelakon itu selepas muka(solekan). Dengan pakaian juga akan memberitahu:
a) Gender
b) Usia
c) Level(kelas bawahan atau atas)
d) Perkara mengikut tempat dan keadaan yang bersesuaian.
e) Period
Pakaian juga akan membuatkan pelakon juga boleh mengetahui terus watak serta umur pelakon tersebut, malah pakaian yang dipakai oleh pelakon juga tidak semestinya terus direka oleh pereka kemudian boleh dipakai. Ia haruslah mengikut proses atau langkah-langkah dalam sesebuah production.
CHARACTER MAKE UP
STRAIGHT MAKEUP
Khamis, 20 Januari 2011
BEAUTY MAKE UP