BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 4 Mei 2011

HASIL PRODUK - POSTER SPOOF FILEM BAKAL PECAH PUNGGUNG


 

 


 





 











 




Dalam projek ini saya bersama-dengan seorang lagi rakan saya iaitu saudari Edlin telah menjalani satu slot demonstrasi bagi merealisasikan Solekan Kesan Khas secara langsung dihadapan penonton yang terdiri daripada para pelajar dan juga jemputan. Dalam menjalani proses tersebut kami telah membuat beberapa rangka proses dan juga perancangan di mana sebagai persediaan awal sehingga hari demonstrasi berlangsung. Dalam menjalani sesi projek ini kami cuba untuk mengaplikasikan ilmu dan juga pengetahuan teori yang telah kami pelajari dalam kelas solekan kesan khas yang diajar oleh pensyarah kami iaitu Encik Nurafifi Taib. Dengan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai solekan setelah menghadiri beberapa kali kelas kuliah dan juga hasil dari rujukan buku dari perpustakaan maka kami telah berjaya merealisasikan sesi demonstrasi tersebut dengan sempurna.

Demonstrasi ini telah dilangsungkan bagi memberi beberapa objektif yang utama dan ianya adalah sebagai satu medium sebaran kepada penonton mengenai proses penghasilan solekan kesan khas secara terbuka. Antara objektif demonstrasi ini adalah:

> Sebagai satu pendedahan kepada orang ramai mengenai solekan kesan khas yang diaplikasikan dalam filem dan juga teater.

>Medium sebaran am tentang material solekan khas yang dikenakan.
> Mempamerkan hasil kerja pelajar dan kemampuan pelajar dalam menghaslkan produk sedemikian.

Sesi demonstrasi ini sebenarnya telah berlangsung pada:

Tempat: Pancha Delima
Masa: 3.00 petang - 4.00 petang
Tarikh: 28 Mac 2011


Secara keseluruhannya, sesi demonstrasi ini telah selamat dijayakan dan menerima respon yang positif daripada penonton di samping memberi pengalaman dan satu platform kepada kami untuk meneruskan mungkin sebagai kerjaya dalam bidang ini. Di kesematan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Nurafifi Taib yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penghasilan solekan sebegini seterusnya membolehkan saya berani mencuba sesuatu yag baru dan menarik seperti ini.

0 ulasan:

make up

make up
darah