BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 22 Januari 2011

CHARACTER MAKE UP

Character makeup merupakan solekan yang memenuhi keperluan dan objektif iaitu kehendak watak yang diingini. Wajah seharusnya mengikut kehendak naskah serta apa jua pementasan mengikut keseluruhan cerita.  Ia juga bersesuaian dengan ruang sama ada dalam ruang yang kecil atau besar. Dalam solekan watak ia menggabungkan faktor umur iaitu bagaimana umur mempengaruhi jiwa muda. Ini bermaksud, seseorang yang berumur dalam lingkungan 20an boleh merubah kepada 50an kesan daripada jenis solekan ini. Malah ia juga boleh membuatkan makeup ini bertukar jantina iaitu daripada lelaki kepada perempuan dan perempuan kepada lelaki. Inilah kelebihan yang dimiliki make up jenis ini. Tetapi ia juga bergantung kepada seorang juru makeup yang kreatif dalam menghasilkan make up sebegini. Malah teknik yang penting juga harus dititkberatkan supaya make up yang ingin dihasilkan menjadi atau tidak lari daripada objektif utama. Malah untuk menghasilkan makeup dari muda ke tua haruslah mengkaji sebuah watak tersebut atau melakukan pemerhatian luar dan melihat bagaimana rupa paras orang yang berperwatakan yang dikehendaki. Hal ini akan lebih menjayakan sebuah make up yang ingin dihasilkan.

Apa jua jenis solekan haruslah menitik beratkan penggunaan pencahayaan di atas pentas. Kehendak teknikal adalah amat penting iaitu menitikberatkan tiga dimensi apabila berada di atas pentas. Hal ini adanya penggunaan cahaya di atas pentas akan mempengaruhi penggunaan make up. Oleh itu, ada 2 prinsip cahaya: a) Terang
b) Gelap
Oleh itu, penggunaan dari segi aspek lain di atas pentas harus diambil kira kerana ia memainkan peranan penting dalam setiap sudut.

0 ulasan:

make up

make up
darah