BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 4 Mei 2011

LAPORAN PENGLIBATAN DEMONSTRASI SOLEKAN KESAN KHAS APRIL 2011



            Kesan solekan khas merupakan solekan yang mengaplikasikan kecederaan yang dialami oleh seseorang itu tidak kira sama ada cedera akibat kemalangan terkena pisau atau sebaliknya di tempat yang telah ditetapkan seperti di muka, tangan dan di tempat-tempat lain mengikut kesesuaian jenis kecederaan tersebut.  Kesan solekan khas merupakan solekan yang lain dari yang lain kerana ia melibatkan solekan itu kelihatan seperti seseorang itu ditikam, dikelar dileher dan sebagainya.  Jadi ia tidak sama seperti solekan cantik atau straight make up dan lain-lain.  Kesan solekan khas ini melibatkan bahan-bahan seperti:

  1. Lateks
  2. Aqua color

Lateks merupakan bahan seperti cecair yang akan digunakan sebagai kulit.  Lateks akan diaplikasikan pada kulit yang hendak dilakukan solekan khas.  Akan tetapi lateks yang digunakan itu perlu dikeringkan terlebih dahulu supaya ia mudah untuk dibentuk.  Apabila lateks sudah kering aqua color akan digunakan supaya ia akan merealisasikan lateks yang digunakan supaya ia akan kelihatan seperti lebam pada kulit atau sebaliknya.  Jadi kepentingan aqua color adalah bergantung kepada kepandaian juru make up itu sendiri untuk memberi sentuhan warna yang bersesuain dengan kesan luka yang dilakukan. 





                           









Rajah 1 : Gam Lateks                                               Rajah 2 : Aqua Colour

                  
Lateks selalunya amat sukar untuk didapati kerana penjualannya amatlah terhad.  Jadi untuk tujuan merealisasikan demonstrasi solekan kesan khas ini, saya telah memilih cara lain untuk menggantikan lateks iaitu dengan menggunakan tisu dan juga gam PVA.  Apabila telah dibuat kajian tisu adalah bahan utama yang boleh dijadikan sebagai kulit tiruan.  Jadi ia tidak menjadi masalah sekiranya kita dapat berfikir dengan baik untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 

     Selain itu, bahan lain adalah seperti darah. Darah adalah sebagai pelengkap pada luka yang kita hasilkan. Contohnya luka yang dihasilkan adalah dari kesan dari terkena pisau pada tapak tangan. Jadi darah diperlukan untuk melengkapkan hasil solekan khas. Jadi darah yang saya hasilkan adalah daripada bahan:

a.     Madu
b.     Sirap
c.     Perwarna
d.     Kopi
e.     Nescafe
f.     Tepung jagung

Jadi kesemua bahan di atas saya telah adunkan supaya ia akan kelihatan sebati dan pekat. Setiap pembuatan darah tidak semestinya dari bahan-bahan di atas ia juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti idea masing-masing.

Rajah 3:Sebelum                      Rajah 4:Selepas


Contohnya pada rajah di atas, saya menggunakan gam PVA serta roti untuk menggantikan bahan-bahan asas seperti lateks. Jadi untuk merealisasikan warna gam itu menjadi warna kulit, saya menggunakan color air(kuning) supaya ia kelihatan seperti warna kulit. Dan akhir sekali, darah diletakkan supaya ia akan kelihatan seolah-olah sama dengan keadaan luka yang dicadangkan. Sebenarnya untuk menghasilkan kesan solekan khas boleh menggunakan apa sahaja bahan asas asalkan ia kelihatan logik.




Rajah 5                                 Rajah 6
  

Pada rajah di atas adalah luka terputus jari, jadi saya menggunakan tisu serta gam PVA untuk menggantikan bahan utama. Jadi disekitar jari itu, harus memasukkan warna yang akan kelihatan seperti luka yang kelihatan sudah lama atau sebaliknya. Jadi seorang juru make up harus memainkan peranan penting dan bijak mengatasi masalah yang dihadapi.





Rajah 7                                Rajah 8





     Jadi kesimpulannya, kesan khas solekan yang dihasilkan ini berjaya dipamerkan secara langsung di hadapan penonton pada hari yang telah ditetapkan. Demonstrasi solekan kesan khas tersebut mendapat perhatian dan sambutan serta sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang cara-cara menghasilkan kesan khas tersebut dalam medium filem ataupun teater.


0 ulasan:

make up

make up
darah