BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 8 Mei 2011

BRUNO MARS - LAZY SONG (by Ain, Edlin, Syukri, Fifi, Azza)




Satu projek penghasilan video yang berbentuk seakan spoof video klip telah siap dihasilkan. Ianya adalah tuntutan daripada pensyarah yang mengajar subjek Solekan Kesan Khas iaitu Encik Nurafifi Taib. Video yang dipilih adalah merupakan sebuah video klip Bruno Mars yang berjudul Lazy Song. Penghasilan video ini dihasilkan oleh 5 orang pelajar iaitu terdiri daripada Nurulain, Edlin, Syukri, Fifi dan juga Azza. Dalam video klip ini cuba diaplikasikan beberapa peranan solekan yang membantu menyampaikan kehendak klip video yang ditiru. Video klip ini berdurasi selama lebih kurang 3 minit lebih namun untuk menghasilkannya mengambil masa yang lama kerana ianya memerlukan latihan dan juga persediaan baik dari segi koreografi tarian dan juga keperluan visual yang lain seperti kostum, solekan, set dan props. Latihan seperti timing penggunaan props dan juga blocking memainkan peranan yang paling besar dalam merealisasikan video klip ini kerana hanya memerlukan hanya satu shot video sahaja.

Rabu, 4 Mei 2011

HASIL PRODUK - POSTER SPOOF FILEM BAKAL PECAH PUNGGUNG


 

 


 





 











 




Dalam projek ini saya bersama-dengan seorang lagi rakan saya iaitu saudari Edlin telah menjalani satu slot demonstrasi bagi merealisasikan Solekan Kesan Khas secara langsung dihadapan penonton yang terdiri daripada para pelajar dan juga jemputan. Dalam menjalani proses tersebut kami telah membuat beberapa rangka proses dan juga perancangan di mana sebagai persediaan awal sehingga hari demonstrasi berlangsung. Dalam menjalani sesi projek ini kami cuba untuk mengaplikasikan ilmu dan juga pengetahuan teori yang telah kami pelajari dalam kelas solekan kesan khas yang diajar oleh pensyarah kami iaitu Encik Nurafifi Taib. Dengan sedikit sebanyak pengetahuan mengenai solekan setelah menghadiri beberapa kali kelas kuliah dan juga hasil dari rujukan buku dari perpustakaan maka kami telah berjaya merealisasikan sesi demonstrasi tersebut dengan sempurna.

Demonstrasi ini telah dilangsungkan bagi memberi beberapa objektif yang utama dan ianya adalah sebagai satu medium sebaran kepada penonton mengenai proses penghasilan solekan kesan khas secara terbuka. Antara objektif demonstrasi ini adalah:

> Sebagai satu pendedahan kepada orang ramai mengenai solekan kesan khas yang diaplikasikan dalam filem dan juga teater.

>Medium sebaran am tentang material solekan khas yang dikenakan.
> Mempamerkan hasil kerja pelajar dan kemampuan pelajar dalam menghaslkan produk sedemikian.

Sesi demonstrasi ini sebenarnya telah berlangsung pada:

Tempat: Pancha Delima
Masa: 3.00 petang - 4.00 petang
Tarikh: 28 Mac 2011


Secara keseluruhannya, sesi demonstrasi ini telah selamat dijayakan dan menerima respon yang positif daripada penonton di samping memberi pengalaman dan satu platform kepada kami untuk meneruskan mungkin sebagai kerjaya dalam bidang ini. Di kesematan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Nurafifi Taib yang telah banyak memberi tunjuk ajar tentang penghasilan solekan sebegini seterusnya membolehkan saya berani mencuba sesuatu yag baru dan menarik seperti ini.

LAPORAN PENGLIBATAN DEMONSTRASI SOLEKAN KESAN KHAS APRIL 2011



            Kesan solekan khas merupakan solekan yang mengaplikasikan kecederaan yang dialami oleh seseorang itu tidak kira sama ada cedera akibat kemalangan terkena pisau atau sebaliknya di tempat yang telah ditetapkan seperti di muka, tangan dan di tempat-tempat lain mengikut kesesuaian jenis kecederaan tersebut.  Kesan solekan khas merupakan solekan yang lain dari yang lain kerana ia melibatkan solekan itu kelihatan seperti seseorang itu ditikam, dikelar dileher dan sebagainya.  Jadi ia tidak sama seperti solekan cantik atau straight make up dan lain-lain.  Kesan solekan khas ini melibatkan bahan-bahan seperti:

  1. Lateks
  2. Aqua color

Lateks merupakan bahan seperti cecair yang akan digunakan sebagai kulit.  Lateks akan diaplikasikan pada kulit yang hendak dilakukan solekan khas.  Akan tetapi lateks yang digunakan itu perlu dikeringkan terlebih dahulu supaya ia mudah untuk dibentuk.  Apabila lateks sudah kering aqua color akan digunakan supaya ia akan merealisasikan lateks yang digunakan supaya ia akan kelihatan seperti lebam pada kulit atau sebaliknya.  Jadi kepentingan aqua color adalah bergantung kepada kepandaian juru make up itu sendiri untuk memberi sentuhan warna yang bersesuain dengan kesan luka yang dilakukan. 





                           









Rajah 1 : Gam Lateks                                               Rajah 2 : Aqua Colour

                  
Lateks selalunya amat sukar untuk didapati kerana penjualannya amatlah terhad.  Jadi untuk tujuan merealisasikan demonstrasi solekan kesan khas ini, saya telah memilih cara lain untuk menggantikan lateks iaitu dengan menggunakan tisu dan juga gam PVA.  Apabila telah dibuat kajian tisu adalah bahan utama yang boleh dijadikan sebagai kulit tiruan.  Jadi ia tidak menjadi masalah sekiranya kita dapat berfikir dengan baik untuk mengatasi masalah yang dihadapi. 

     Selain itu, bahan lain adalah seperti darah. Darah adalah sebagai pelengkap pada luka yang kita hasilkan. Contohnya luka yang dihasilkan adalah dari kesan dari terkena pisau pada tapak tangan. Jadi darah diperlukan untuk melengkapkan hasil solekan khas. Jadi darah yang saya hasilkan adalah daripada bahan:

a.     Madu
b.     Sirap
c.     Perwarna
d.     Kopi
e.     Nescafe
f.     Tepung jagung

Jadi kesemua bahan di atas saya telah adunkan supaya ia akan kelihatan sebati dan pekat. Setiap pembuatan darah tidak semestinya dari bahan-bahan di atas ia juga boleh dihasilkan mengikut kreativiti idea masing-masing.

Rajah 3:Sebelum                      Rajah 4:Selepas


Contohnya pada rajah di atas, saya menggunakan gam PVA serta roti untuk menggantikan bahan-bahan asas seperti lateks. Jadi untuk merealisasikan warna gam itu menjadi warna kulit, saya menggunakan color air(kuning) supaya ia kelihatan seperti warna kulit. Dan akhir sekali, darah diletakkan supaya ia akan kelihatan seolah-olah sama dengan keadaan luka yang dicadangkan. Sebenarnya untuk menghasilkan kesan solekan khas boleh menggunakan apa sahaja bahan asas asalkan ia kelihatan logik.




Rajah 5                                 Rajah 6
  

Pada rajah di atas adalah luka terputus jari, jadi saya menggunakan tisu serta gam PVA untuk menggantikan bahan utama. Jadi disekitar jari itu, harus memasukkan warna yang akan kelihatan seperti luka yang kelihatan sudah lama atau sebaliknya. Jadi seorang juru make up harus memainkan peranan penting dan bijak mengatasi masalah yang dihadapi.





Rajah 7                                Rajah 8





     Jadi kesimpulannya, kesan khas solekan yang dihasilkan ini berjaya dipamerkan secara langsung di hadapan penonton pada hari yang telah ditetapkan. Demonstrasi solekan kesan khas tersebut mendapat perhatian dan sambutan serta sedikit sebanyak memberi pengetahuan tentang cara-cara menghasilkan kesan khas tersebut dalam medium filem ataupun teater.


SOLEKAN CEDERA KEMALANGAN

TAJUK EKSPERIMEN        : KESAN KHAS MAKE-UP MUKA CEDERA KEMALANGAN

TUJUAN EKSPERIMEN     : MENGENALPASTI KEADAAN DAN RUPA BENTUK MUKA CEDERA KEMALANGAN.

RADAS/ BAHAN                  : LATEKS, MAKE-UP SET, FOUNDATION, BEDAK, LIPSTICK, EYESHADOW, BLUSHER DAN SET WARNA MUKA, MADU DAN SIRAP TISU PUTIH, BERUS DAN BEKAS PLASTIK.


CARA KERJA                       :

  1. MENYEDIAKAN BAHAN.
  2. MENCUCI MUKA.
  3. TUTUP MATA LEKATKAN PAKAI MASKING TAPE.
  4. TANDAKAN BAHAGIAN YANG INGIN DITIMBULKAN DAN DIKOYAKKAN.
  5. LEKATKAN LATEKS PADA PERMUKAAN KULIT DAN KERINGKAN DENGAN HAIR DRYER.
  6. TUNGGU PERMUKAAN LATEKS KERING DAN BUATKAN SEDIKIT JALINAN, KEDUT-KEDUT, KESAN KOYAK DAN GELEMBUNG YANG DIRASAKAN BERKESAN.
  7. WARNAKAN KESELURUHAN MUKA DENGAN SET WARNA MUKA MENGIKUT GAMBARAN AWAL.
  8. TAMBAHKAN KESAN-KESAN WARNA YANG SESUAI.
  9. MASUKKAN SEDIKIT DARAH YANG DIBUAT DARIPADA MASU DAN SIRAP.








SOLEKAN KESAN KHAS - PENGHASILAN DARAH

SOLEKAN KESAN KHAS


PERKARA      : CARA PENGHASILAN DARAH 1
MATERIAL     : MADU, SIRAP, PEWARNA BIRU.

RADAS           : ARTS BERUS, BEKAS PLASTIK.



CARA KERJA            :


  1. Menyediakan alatan dan bahan.
  2. Menuangkan sirap ke dalam bekas plastik sebanyak 200ml.
  3. Menuangkan madu ke dalam bekas plastik yang sama sebanyak 600ml.
  4. Mengacau campuran cecair tersebut sehingga sebati.
  5. Menuangkan sedikit cecair pewarna biru ke dalam bekas yang sama untuk mendapatkan warna yang lebih gelap dan pekat.
  6. Memeriksa kepekatan dan juga warna cecair tersebut dengan menitiskan pada permukaan tisu putih yang bersih.


SOLEKAN KESAN KHAS


PERKARA      : CARA PENGHASILAN DARAH 2
MATERIAL     : PEWARNA BIRU DAN MERAH, NESCAFE, GOLDEN SIRAP.

RADAS           : ARTS BERUS, BEKAS PLASTIK DAN TISU.



CARA KERJA            :

  1. Menyediakan alatan dan juga bahan.
  2. Menuangkan cecair pewarna yang bewarna merah ke dalam bekas plastik sebanyak 300ml.
  3. Menuangkan golden sirap dalam bekas yang sama sebanyak 800ml.
  4. Mengacau campuran cecair tersebut sehingga sebati.
  5. Memeriksa warna dan kepekatan cecair tersebut dengan menitiskan pada permukaan tisu putih yang bersih.
  6. Mencampurkan pewarna berwarna biru ke dalam larutan tadi untuk mendapatkan warna yang sedikit gelap.
  7. Campuran tadi di kacau sehingga sebati.
  8. Sedikit nescafe di masukkan ke dalam campuran tersebut bagi mendapatkan warna dan kepekatan yang lebih gelap dan kemerahan.
  9. Cecair tersebut diperiksa kepekatan dan warnanya di atas permukaan tisu putih yang bersih.


Ahad, 27 Februari 2011

PERBEZAAN GAMBAR

SEMASA KE PEJABAT

SELEPAS KE PEJABAT

SEBELUM KELUAR BERJOGING

SELEPAS BERJOGING















COSTUME DESIGN

COSTUME DESIGN

            Rekaan baju yang di buat khas untuk semua pelakon atau sesiapa sahaja mengikut tema dan kesesuaian persekitaran.  Malah baju yang direka harus mengikut keselesaan pelakon juga kerana jika seorang pelakon itu berasa tidak selesa dengan baju yang dipakai maka ia boleh mengganggu pelakon itu yang sedang memainkan watak di atas pentas.  Malah ia juga mengganggu pergerakan pelakon itu sendiri.  Oleh itu, peranan baju ini adalah sangat penting sekali kerana ia memberi kesan kepada pelakon malah ia juga memberi kesan terhadap element yang lain seperti lighting.  Lighting merupakan perkara yang memberi kesan terhadap pakaian yang dipakai oleh pelakon itu di atas pentas, sebab itu pemilihan warna pakaian harus dititik beratkan oleh pereka baju malah sentuhan fabrik juga harus diambil kira.  Pemilihan warna yang sesuai adalah perkara utama harus di ambil tahu kerana ia juga akan memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan persembahan sebuah teater kerana pakaian yang berada di atas pentas adalah perkara yang paling utama kelihatan oleh penonton.  Dalam buku The Essential Theatre menyatakan:

“The scene designer creates the stage environment in which the actors perform,the costumer is concerned with the visual appearance of the actor.”  
                                                   (Oscar G.Brockett m/s 317)

            Pakaian juga penting kerana ia memainkan peranan untuk membezakan status sosial dan ekonomi dalam sebuah watak dimana perbezaan kelas bawahan serta atasan, sama ada miskin atau kaya.  Pakaian juga membolehkan seseorang mengenalpasti pekerjaan iaitu sama ada askar, nurse, bomba dan banyak lagi.  Malah perkara paling utama iaitu perkara yang paling kelihatan iaitu dengan pakaian juga membezakan jantina.  Contohnya seorang pelakon yang masuk ke pentas dengan pakaian raja dan penonton pastinya sudah mengetahui bahawa pelakon itu seorang raja dan berkedudukan mewah dan senang.

               Selain itu pakaian juga membezakan umur seorang pelakon tersebut.  Contohnya seorang makcik dari kampung yang berpakaian baju kurung yang lusuh dan terdapat sedikit koyak pada baju dan kain yang dipakai maka penonton sudah dapat membuat andaian bahawa makcik ini seorang miskin serta sudah berumur dan berasal dari kampung.  Jadi pakaian amat penting kerana ia menceritakan watak seseorang itu dan apa sahaja yang dipakai oleh seorang pelakon yang berada di atas pentas adalah termasuk dalam ‘costume’.  Oleh itu pereka baju harus mengkaji seorang watak itu dengan terperinci sebelum membuat pakaian tersebut.

“The costume designer must capture the essential quality indicated in each character’s designer must capture the essential quality indicated in each character’s name.”
                                                   (Oscar G.Brockett m/s 318)


make up

make up
darah