BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 27 Februari 2011

PERBEZAAN GAMBAR

SEMASA KE PEJABAT

SELEPAS KE PEJABAT

SEBELUM KELUAR BERJOGING

SELEPAS BERJOGING















COSTUME DESIGN

COSTUME DESIGN

            Rekaan baju yang di buat khas untuk semua pelakon atau sesiapa sahaja mengikut tema dan kesesuaian persekitaran.  Malah baju yang direka harus mengikut keselesaan pelakon juga kerana jika seorang pelakon itu berasa tidak selesa dengan baju yang dipakai maka ia boleh mengganggu pelakon itu yang sedang memainkan watak di atas pentas.  Malah ia juga mengganggu pergerakan pelakon itu sendiri.  Oleh itu, peranan baju ini adalah sangat penting sekali kerana ia memberi kesan kepada pelakon malah ia juga memberi kesan terhadap element yang lain seperti lighting.  Lighting merupakan perkara yang memberi kesan terhadap pakaian yang dipakai oleh pelakon itu di atas pentas, sebab itu pemilihan warna pakaian harus dititik beratkan oleh pereka baju malah sentuhan fabrik juga harus diambil kira.  Pemilihan warna yang sesuai adalah perkara utama harus di ambil tahu kerana ia juga akan memberi kesan kepada penonton yang menyaksikan persembahan sebuah teater kerana pakaian yang berada di atas pentas adalah perkara yang paling utama kelihatan oleh penonton.  Dalam buku The Essential Theatre menyatakan:

“The scene designer creates the stage environment in which the actors perform,the costumer is concerned with the visual appearance of the actor.”  
                                                   (Oscar G.Brockett m/s 317)

            Pakaian juga penting kerana ia memainkan peranan untuk membezakan status sosial dan ekonomi dalam sebuah watak dimana perbezaan kelas bawahan serta atasan, sama ada miskin atau kaya.  Pakaian juga membolehkan seseorang mengenalpasti pekerjaan iaitu sama ada askar, nurse, bomba dan banyak lagi.  Malah perkara paling utama iaitu perkara yang paling kelihatan iaitu dengan pakaian juga membezakan jantina.  Contohnya seorang pelakon yang masuk ke pentas dengan pakaian raja dan penonton pastinya sudah mengetahui bahawa pelakon itu seorang raja dan berkedudukan mewah dan senang.

               Selain itu pakaian juga membezakan umur seorang pelakon tersebut.  Contohnya seorang makcik dari kampung yang berpakaian baju kurung yang lusuh dan terdapat sedikit koyak pada baju dan kain yang dipakai maka penonton sudah dapat membuat andaian bahawa makcik ini seorang miskin serta sudah berumur dan berasal dari kampung.  Jadi pakaian amat penting kerana ia menceritakan watak seseorang itu dan apa sahaja yang dipakai oleh seorang pelakon yang berada di atas pentas adalah termasuk dalam ‘costume’.  Oleh itu pereka baju harus mengkaji seorang watak itu dengan terperinci sebelum membuat pakaian tersebut.

“The costume designer must capture the essential quality indicated in each character’s designer must capture the essential quality indicated in each character’s name.”
                                                   (Oscar G.Brockett m/s 318)


make up

make up
darah